|
KANGAR, PERLIS – Konvoi bermotosikal Suzuki 2011 anjuran WAZIBOYZ sekali lagi mengegar kemeriahan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas pada pusingan pembuka tirai yang berlangsung di Litar Stadium Kangar, Perlis baru-baru ini. Konvoi bermotosikal pelbagai model Suzuki ini menyaksikan gabungan kelab dan individu dari empat negeri – Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis yang menghimpunkan lebih 65 peserta merentasi perjalanan lebih 50 kilometer bermula dari Tempat Letak Kereta Berhadapan Masjid Zahir Alor Setar, Kedah.  Konvoi dari selatan ke Utara Konvoi turut diiringi 6 orang ahli WAZIBOYZ yang bertindak selaku marshal yang diketuai dua bekas pelumba Cub Prix Malaysia, Wazi Abdul Hamid dan Shahrun Nizam Tamin. Juara Expert Cub Prix 1996, Wazi Abdul Hamid yang bertindak selaku Ketua Penyelaras Konvoi Suzuki 2011 berkata, selain menyemarakan lagi kemeriahan Kejuaraan Cub Prix ia juga sebagai tanda sokongan kepada pelumba-pelumba dan pasukan Suzuki yang mengambil bahagian. “Ini adalah program Konvoi Suzuki ke Kejuaraan Cub Prix anjuran WAZIBOYZ dengan sokongan tajaan Suzuki Assembelers Malaysia Sdn Bhd dan Racing Boy bagi memberi sokongan kepada pelumba-pelumba dan pasukan Suzuki yang mengambil bahagian. “Konvoi ini adalah yang pertama anjuran kami pada tahun ini selepas kejayaan siri konvoi serupa pada tahun lepas dalam menyemarakan kejuaraan Cub Prix Malaysia sekali gus menjadi medium mempelbagaikan aktiviti pemotoran di kalangan pengguna motosikal Suzuki,” kata Wazi. Gabungan ahli-ahli kelab motosikal Suzuki dari Perak, Pulau Pinang dan Kedah berkumpul seawal jam 7.00 pagi di Tempat Letak Kereta Berhadapan Masjid Zahir sebelum memulakan perjalanan. Konvoi Suzuki melalui Bandaraya Alor Setar sebelum menyusuri laluan ke Kangar, Perlis yang menghidangkan panaroma indah sawah padi yang terbentang luas. Para peserta kemudiannya berhenti di Kompleks Makanan Laut Negeri Perlis, (KOMALAUT) untuk bergabung pula dengan kelab Suzuki Perlis sebelum menuju ke litar kejuaraan Cub Prix Malaysia.   Laluan di persisiran pantai dari Sanglang untuk menuju ke destinasi ternyata menarik perhatian orang ramai terutama penduduk-penduduk kampung di sepanjang laluan sebelum memasuki kesesakan Bandar DiRaja Kangar. Para peserta bukan sahaja berpeluang menyaksikan perlumbaan Cub Prix secara langsung, tetapi turut mengegar khemah promosi Suzuki Assemblers Malaysia yang menawarkan pelbagai cenderamata dan barangan Suzuki dengan harga promosi. Bagi memeriahkan lagi suasana di khemah promosi Suzuki, satu acara sukaneka turut diadakan. Acara “Menendang Bola Ke Pintu Gol” sambil peserta yang mengambil bahagian perlu ditutup mata ternyata menarik ramai penyertaan termasuk peserta-peserta Konvoi Suzuki.  Antara aktiviti menarik yang disediakan Para peserta konvoi akhirnya berlepas pulang sebaik berakhirnya perlumbaan final Cub Prix menuju ke destinasi masing-masing. Sampai jumpa lagi dalam Konvoi Suzuki 2011 akan datang. |